CYN holiday ari tu kami balik kampung kuantan.Kebetulan adik-beradik abah 2 family from penang datang bercuti di kuantan juga.Semua berkampung dirumah kami.Gamat satu rumah.Lebih kurang 20 orang kot duduk dalam rumah tu.Time food dihidangkan memanglah macam 'piranha' masing2x.Semuanya range umur 2-12 tahun.Faham2x je la.Berebut-rebut.Tapi seronok betul ramai-ramai ni.Meriah.
Hari sabtu tu pakat-pakat nak mandi pantai.Maklumlah rumah kami dekat jek dengan pantai.Rugilah kalau tak pergikan.
Sampai2x jek budak2x dah tak kira apa dah,semua pakat lari terjun laut. .Jenuh mak ayah nak mengejarnya.
Saya pun memang dah lama mengidam nak berendam ni.Apalagi,memang terjun samalah dengan anak skalik.Best betul.
Yang si kecik tu jangan cakaplah.Mandi laut,dengan pasir2x skalik dia mandi.Dekat 2 jam jugak berendam.Sampai muka pun dah merah macam udang kene bakar.Ala-ala 'sun tanning' lah kononnya
Apa-apa pun mandi laut ramai2x memang best!!!
Tu suku jek yang tak mahu turun ke pantai.Ada nenek,pak lang&mak lang,my ibu&abah.Yang lain semua dah terjun dalam air!
Ombak kuat sangat masa ni.Tu yang syok mandi.
2 yang atas tu antara anak2x acik.2 yg bawah tu antara anak2x paklang.Ni semua cousin sayalah.Kecik2x lagi diorg.
Inilah kanak2x yg paling gembira dlm dunia hari tu agaknya.
zai :
batu ferenggi dh penah pegi...tp makan jek kat situ...mandi blom lg.Nantilah InsyaALLAH kalau kami blk kg kat balik pulau tu,bolehler mandi manda dgn zai skalik kat ferenggi tu yekk....
lin :
hero 2 org tu sure seronoknye masuk air.Mak ngan ayahnyelah yg tak terkejar nanti
mandi laut..bestnyer....nathifa pun balik kampung ke....
hanis..nak tanyer...nak booking swiss garden damai laut on 12-13 april dari hanis camner?before that nak tau rate dia dulu....tq!
jiji : tq so much for trusting us ttg damai laut tu.Nanti nak bercuti contact la lg yek
bayah : tu kat pantai Balok bayah oiii,TC mane ade pantai landai gitu.Lgpun skarang TC bukannye best sgt.Ramai bebenor remaja2x yg berkelakuan yg ehem2x.Tak bagus untuk dilihat anak-anak kita ni.hehehe.Datang kuantan pegilah rumah kita kat balok tu.Dekat jek ngan pantai.